Cara Mudah Terjemah Tulisan Dengan Kamera Smartphone
Bagi anda yang belum tahu , kamera dari telefon pintar anda juga boleh digunakan sebagai alat penterjemah. Jadi anda tidak perlu takut lagi apabila apabila melihat suatu gambar , tulisan , mahupun papan tanda jalan dengan bahasa yang tidak anda fahami. Ciri ini boleh anda dapati melalui aplikasi Google Translate yang boleh anda dapatkan melalui Google Play Store di telefon pintar anda. Cara penggunaannya seperti berikut :
Download dan install terlebih dahulu Google Translate terbaru melalui Aplikasi Google Play Store di telefon pintar anda:
Buka Google Translate tersebut dan pilih bahasa apa yang ingin anda terjemahkan
Tekan tombol dengan ikon kamera di bawah form pengisian, dan kamera smartphone anda pun akan aktif
Arahkan kamera smartphone anda ke tulisan apapun yang ingin anda terjemahkan.
Google Translate secara automatiknya akan mengimbas tulisan yang tersedia.
Highlight tulisan yang anda ingin terjemahkan dan Google secara automatik menunjukkan maksud bagi tulisan tersebut.
credit to jalantikus
Tiada ulasan :
Catat Ulasan