Gambar Hiasan
Resepi Chicken Chop
2 keping daging ayam, dibuang tulang dan diketuk isinya
1 biji telur, dipukul sedikit
½ cawan tepung jagung minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan untuk perap:
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar jus limau
½ sudu teh garam
½ sudu the serbuk lada hitam
½ sudu teh soda bikarbonat
Bahan untuk sos:
250 ml stok ayam
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada putih
1/8 sudu teh serbuk lada hitam
¼ sudu teh garam
1 sudu besar sos tiram
½ sudu besar sos Worcestershire
½ sudu teh kicap cair beberapa titis kicap pekat
1 biji bawang besar, didadu kecil
1 sudu besar bawang putih, dicincang halus
½ sudu besar tepung gandum
Cara-Membuatnya:
- Daging ayam diperap dengan bahan-bahan perapan dan disimpan dalam peti sejuk selama beberapa jam atau sebaiknya semalaman.
- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
- Celup daging ayam yang telah diperap kedalam telur dan salut dengan tepung jagung.
- Goreng isi ayam tersebut sehingga garing dan berwarna kekuningan. Hidangkan di pinggan.
- Panaskan sedikit minyak di kuali dan masukkan bawang putih yang telah dicincang.
- Bila ia sudah naik bau masukkan pula bawang besar yang telah didadu.
- Goreng sehingga bawang layu dan naik bau.
- Masukkan tepung dan goreng sekejap.
- Kemudian masukkan pula serbuk lada putih, serbuk lada hitam, garam, sos tiram dan Worcestershire, kicap cair dan kicap pekat juga stok ayam.
- Reneh kuah ini sehingga ia memekat.
- Kemudian boleh tuang sos ini diatas chicken chop dan sebaiknya hidangkan panas.
- Hidangkan juga lauk sampingan seperti coleslaw, baked beans, mash potato atau kentang goreng.
- Jika kuah tidak memekat boleh tambah 1 sudu besar tepung gandum dan kacau rata sehingga ia memekat.
- Sebaiknya gunakan serbuk lada hitam yang kasar-kasar jadi lebih terasa.
Sumber: Resepi.iLuvIsam
Tiada ulasan :
Catat Ulasan